0!

Pantun "Kalau Malas Study"

Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Nak jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.

*tiada kena mengena yang hidup atau yang MATI.
0!

Lynette Lincoln dan Joanna Ann Perlu Meminta Maaf Kepada Semua Orang ISLAM!!


Kepada mereka semua yang masih belum mengenali kedua-dua orang nie, Lynette Lincoln dan Joanna Ann merupakan dua orang rakyat Malaysia yang telah menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W di dalam Facebook mereka. Bukan itu saja, mereka nie juga mengutuk konsep 1MALAYSIA yang dikatakan seperti "taik lembu" oleh mereka.

Untuk pengetahuan para pembaca, profile mereka di Facebook telah di-delete dan mereka masih "menyembunyikan" diri mereka kerana mungkin ketakutan diburu oleh orang Islam yang masih marah dengan mereka nie. Mungkin dua orang nie berfikiran sempit dan tidak mengetahui bahawa Facebook adalah satu rangkaian sosial yang boleh ditatap oleh semua orang apabila kita post sesuatu komen.

So, kepada Lynette Lincoln dan Joanna Ann, anda perlulah tampil ke hadapan untuk menjelaskan isu ini dengan lebih jelas sebelum ianya menjadi lebih complicated. Tapi semua itu mungkin telah terlambat. Bak kata pepatah 'terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa'.

"Kepada umat Islam di luar sana, janganlah kita berdiam diri apabila ada pihak yang cuba memburukkan nama Islam. Tapi bila ada orang melontar api kepada kita, janganlah membalasnya dengan api tapi lontarlah kembali dengan air".
2!

Korang rase mane lebih baik : Best Friend atau GF/BF??


Ehm, maybe kite konfius mane satu yang lebih baik untuk kite. BFF atupun makwe/pakwe tu. Mungkin kedua-duanya ade buruk & baiknya untuk kita dan boleh dikatakan benda nie depends atas diri kita jugak. Kalau, orang tu jenis yang anti-couple so, BFF adalah lebih baik untuk diri dia dan begitu jugaklah sebaliknya. Tapi kat sini, aku mahu share dengan korang a little bit point-point yang mungkin membantu kita dalam hal nie. So, marilah kita renungkan bersama dan fikir mane satu yang lebih baik untuk diri kita...
0!

CHICKEN BURN NITE@LAGOON [CHAPTER 1](updated)

Pada 17hb Feb 2010, satu event yang gilooo happening telah berjalan with smoothly(nk skipping gop sket).. Dirancang oleh 6 anak muda dan telah dijayakan oleh 13 orang wat kureng2 blake hahahaha. Antara budak2 yg men-happening kan event nie ialah aku sendiri, Faris, Haziq, Kuso, Syazmin, Amir Malaya, Shikh, Akhyar, Tore, Pali, Mirul, Ikhwan, Dean, Paiz & Shakir(thanx guys, we rawk!!).

Mula2 sapa kat tempat tu, semua napok mangat nk bakar aym. Tp semua berubah bila api dop leh nk nyala sbb awok2 nie senget blake wakakakaka!!.. Sapa ade org ngajuk balik rumah sbb api dop nyala(tp dop leh kbo r sape org tu haha!).

Dkt 2jam duk nunggu sapa perut duk nyanyi dah, baru lah api nyala sebab pali ngan akhyar wat mari sarang telur(dop thu ye cri mane). Lps tu awok2 nie wat mcm dop pernah jupe api.bising giler lagoon awok ni duk tepik sbb api nyala dah haha!. Lps tu acara bakar aym mula r!!. Setengah jam lps tu bru awok2 nie blh mkn.lps abih mkn, ade sesi fotografi lak haha..

Pahtu bru ah awok nie balik sorg2 tggal aku ngan kuso sbb hujan beb!!. Aku mri ngan moto kn!!. Tapi nsb baik tore ade, blanje aku ngan kuso makan kt norazila haha.. Dah bereh ah. InsyaALLAH Chapter 2 akan menyusul lepas nie dgn event yang lebih grand siot!!




0!

Fakta Untuk Lulus SPM


Anda ingin mengetahui antara fakta-fakta yang mungkin boleh membantu anda untuk menjawab soalan SPM yang susah tahap dewa tu(kalu korunk x study lah). So, aku telah sediakan beberapa fakta kat bawah tu yang mungkin boleh membantu perjuangan korunk dalam SPM kelak..GOOD LUCK!!


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada
gunanya.....


So, aku harap nie bolehlah membantu korunk dalam menjawab soalan2 SPM nanti..
0!

Kenapa Lelaki Memerlukan Ibu Bapa??

Berikut adalah bukti-bukti kenapa kaum lelaki memerlukan ibu bapa. Bukan kerana kurang kasih sayang tetapi mungkin kurang akal hahahahaha..So, kepada semua kaum Adam diluar sana, sedarlah diri anda kerana anda masih memerlukan pemerhatian parents korunk(termasuk aku lah) hahahahahaha..









Ada lagi gambar utk korunk tengok...
0!

YouTube hancur berkecai!!


http://www.youtube.com/wariolandshakeit2008

sape nk tgk page YouTube berkecai??..click jew link kt ats nie n tgk video tu..
you'll amazed!!
0!

CHICKEN BURN NITE@LAGOON [CHAPTER 1]



p/s; kalu ade org nk g, contact r no.fon dlm flyer ek..A.S.A.P!
2!

Andainya perempuan tahu.... ::.

Andainya perempuan tahu.........
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.

Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti... Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
0!

VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG) Menurut pandangan Islam

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

0!

Bagaimana Bercinta Cara Islam?


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

0!

Mari Bersyukur


Assalamualaikum wbt,

Hari ni aku just nk share email yg aku dapat ngan korang.Kenapa Syukur menjadi Title Post ni?adakalanya kita sering mengeluh itu dan ini apabila datang dugaan,musibah dan sebagainya.Kenapa perlu mengeluh?Walhal hidup kita ini sentiasa dilimpahi dengan Nikmat2 Allah yang datang sama ada sedar atau tidak.Dapat mendengar,melihat,merasa,tetapi sejauh manakah kita bersyukur?Tetapi kita tidak sedar bahawa masih ada insan2 yang masih memerlukan.

Kisah ini menceritakan tentang pengalaman seorang guru sekolah mengenai anak didiknya.Mai kita renungkan bersama..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
0!

Gempa Bumi Haiti - Buka Mata,Buka Hati,Buka MataHati


PORT-AU-PRINCE - Permulaan yang dahsyat baru sahaja bermula di Haiti selepas gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di bandar ini pada Selasa lalu.

Penduduk mula mencari mayat mangsa di celah runtuhan dan mencari tempat berlindung di padang terbuka dan stadium apabila ribuan bangunan dipercayai runtuh.

Perdana Menteri Haiti, Jean Max Bellerive menyatakan jumlah kematian mungkin melebihi 100,000 manakala Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa menyatakan tiga juta orang mungkin menerima kesan.

Seorang ahli politik Haiti, Senator Youri Latortue menyatakan angka kematian mungkin meningkat setinggi 500,000 orang.

Angka kematian sebenar masih belum diperoleh kerana kerja-kerja mencari mayat sedang dilakukan.

Beberapa kumpulan wanita menyanyi lagu keagamaan dalam suasana gelap dan berdoa untuk mangsa yang mati.

Seorang lelaki menjerit ke arah beberapa pemberita dalam bahasa Inggeris dan menyatakan: "Terlalu ramai orang yang mati. Kami memerlukan bantuan antarabangsa. Tidak ada perkhidmatan kecemasan, tidak ada makanan, tidak ada telefon, tidak ada air dan tiada ada apa-apa pun."

Sebahagian penduduk Haiti bertindak mencuri barang-barang bekalan makanan di kedai-kedai yang rosak. - Agensi

Buta Mata @ Hati @ Matahati?Bermuhasabahlah Sahabat2ku.Dunia sudah hampir ke penghujung waktu.Andai nafas terhenti tika waktu yang ditetapkan,didalam keadaan kejahilan yang membelenggu diri,apakah yang dapat membantu kita jika bukan IMAN dan Amal?Renung2kan..

0!

Sanggup Ke Korang Kata: "Aku Peduli Apa!"






click pada gambar untuk info yang lebih jelah..peace!!
0!

Kata Mutiara Islami tentang Cinta


Kata cinta, menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, merupakan wakil dari perasaan kasih, sayang, atau rindu yang sangat dalam. Namun dalam konteks atau kadar kalimat tertentu, ia bisa juga mewakili perasaan sedih.

Cinta adalah salah satu sumber kekuatan unik dalam diri manusia. Ia menjadi tenaga penggerak hati dan jiwa yang akan menghasilkan sikap, perbuatan dan perilaku. Cinta bisa seperti yang terurai dalam sebait sajak dari film laris indonesia, Ketika Cinta Bertasbih:

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

Namun demikian, cinta pun bisa menghasilkan perubahan yang sebaliknya: mengubah mawar menjadi duri, dan seterusnya.

Hal yang demikian bisa terjadi karena cinta bersemayam di dalam hati yang bersifat labil. Seperti sabda Rasulullah saw. hati itu bersifat gampang terbolak-balik bagaikan bulu yang terombang-ambing oleh angin yang berputar-putar. Sebagaimana amal-amal dan perilaku kita yang senantiasa bersumber dari niat dan motivasi di dalam hati, maka cinta pun bisa mewujud dengan dasar niat yang beraneka rupa. Ada cinta yang tulus, penuh kerelaan. Namun ada pula cinta yang penuh duri dan racun. Ada cinta yang merupakan buah keimanan dan ketaqwaan. Namun ada pula cinta yang berlandaskan nafsu hina.

Bagi seorang muslim dan beriman, cnta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah. Bentuk cinta dapat kita wujudkan dalam berbagai rupa tanpa batas ruang dan waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan karena menggapai ridha-Nya.

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (Al-Baqarah: 165)

Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. (Ali Imran: 31)

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.” (HR. At Tirmidzi)

Kata-kata mutiara tentang cinta

Agar cinta tidak menjerumuskan kita ke dalam lubang kehinaan, ada baiknya kita mengambil hikmah dari sumber-sumber islam dan perkataan para ulama berikut ini.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Hamka

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

Hamka

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.

Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)

Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.

Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya.

Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)

Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.

Ali bin Abi Thalib

Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.

A’idh Al-Qorni

Demikianlah beberapa kutipan dari sedikit tokoh-tokoh islam yang semoga bisa kita ambil hikmahnya. Semoga Allah memudahkan saya untuk menambah koleksi ini dan memberikan manfaat kepada pembacanya.

 
Copyright 2010 Journey called LIFE