0!

''Terima kasih daun keladi''

Ehmm, trima kaseh byk r kepada ajik kerana sudi men-customize blog aku nie. Walaupun lama dah aku tanye nk buat gane ho, tp mu dop kabo2 gop kn..tp xpe r ow..aslkan jd dh eh..tu pun selepas mu termakan ''rasuah'' rayban ho..hahahaha..tp ingat jik..aku pegang jnji2 mu nk blanje mcd!! hahaha..ingt jik!..klu lembu berpegang pda tali kt hidung ye, manusia berpegang pd janji ye..so, renung2kan & selamat beramal!!haha..

Dah bereh r..ak nk tido dh eh..lwt dh nie.. tp sebelum tu nie link blog ajik http://heyyho-haziq.blogspot.com/ sebagai tanda trima kasih aku kt mu!!(sebenarnye aku xmboh tulis nie smua, tp terpaksa..bak kata pepatah ''org berbudi, kita berbahasa'')
5!

Mu Pahang Ke Dok??

Berikut adalah cerita sampai menyampai yang aku terima melalui email. Bukan cerita yang aku create sendiri. So, credit kpd sape2 yg reka citer nie.

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil.
Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr
hanyaar kot luör pitu, "Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka'ak
rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?"

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari
katil.Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia
suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi
P.Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök
jembeke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng
minyokPetronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat
starangnok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake
döh.Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge
kakambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu
Mamatpong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer,
tapiboleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale
kedepang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu.
Kalutebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah
Barutu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang
sikitlagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète
baru capHyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat
löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir
sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer
kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi
pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu..
Döknapök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia
nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar
skalihabuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung
capPanasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi.
"Idah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu
depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat
arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing
dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat
Shook di Starhill ok?"

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih
die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung
matatengök ke Mamat. "Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök
ker?"löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh
jawaksalöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene.
SudöhhangMamat tebèng jugök jawak.

"Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari
nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung
lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!"

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar
kècèkorang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata "kantoi"! 

''Pengajaran citer nie ialah janganlah kite berlagak tidak kena tempat kerana lagak kite tu mungkin boleh memakan diri kite sendiri & lagak tak boleh bawa kite ke mane2''
0!

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur
disisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu
bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih
mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran², kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. Untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok, kerana itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna
kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih
berupaya utk berjalan.

10. Untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut...


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"
6!

Kawan baik tikam belakang. Apa nak buat?


Kenapa kita perlu ada kawan? Apa tujuan kita berkawan? Dan.. Individu yang bagaimana dianggap sebagai kawan? Perlu ke kita memilih kawan? Atau.. Berkawan sahaja dengan sesiapa pun. Ahh.. Itu persoalan yang bermain di benak fikiran aku ketika ini. Kenapa? Aku sendiri tidak pasti. Mungkin aku merindui kawan-kawan yang jauh dari pandangan mata. Namun, walaupun jauh, ingatan aku terhadap mereka tidak pernah padam. Walhal, persoalan yang timbul itu langsung tidak berkaitan dengan ingatan yang melayang.

Ok. Tajuk entry kali ini berbunyi "Kawan baik tikam belakang. Apa nak buat?" Agak serius bunyinya. Baru sekejap tadi aku berbual dengan kawan yang baru aku kenali tentang seorang kawannya yang seperti menikam belakangnya. Bukan tikam pakai pisau ok. Dia ada bertanya kepada aku tentang persoalan yang menjadi tajuk entry aku hari ini.

Oh.. Sungguh! Agak sukar aku nak menjawab soalan itu sebenarnya. Kerana.. Aku pun pernah melalui pengalaman yang boleh dikatakan seperti ditikam dari belakang oleh kawan baik yang aku anggap seperti adik-beradik sendiri. Sungguh! Aku sedih apabila teringat kisah itu. Namun, demi menjaga sebuah friendship yang telah terbina itu, aku lupakan sahaja. Ye ke??hehe. Namun, peristiwa itu memberi impak yang besar dan merubah keadaan menjadi jauh berbeza daripada sebelum ianya berlaku.

Tipu la andai aku katakan perasaan apabila dikhianati kawan baik sendiri tidak mempengaruhi keputusan yang diambil. Memaafkan, tapi tidak untuk melupakan. I can forgive, but I cannot forget. Sungguh mulia hati seorang insan jika dia mampu untuk "FORGIVE & FORGET".

Dan.. "Cannot forget" itu, bukanlah maksudnya untuk berdendam. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga. Berwaspada. Sekali terkena, sudah cukup memberi pengajaran, peringatan supaya apa yang berlaku tidak akan berulang lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.

So, adakah bebelan aku ini menjawab persoalan "Kawan baik tikam belakang. Apa nak buat?" Jika ada teman-teman aku di alam maya ini ingin berkongsi pendapat, apa nak buat bila ditikam/dikhianati oleh kawan baik sendiri, you are most welcome to do so. Sharing is caring kan? Peace! No war.
 
Copyright 2010 Journey called LIFE