Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts
5!

Mu Pahang Ke Dok??

Berikut adalah cerita sampai menyampai yang aku terima melalui email. Bukan cerita yang aku create sendiri. So, credit kpd sape2 yg reka citer nie.

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil.
Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr
hanyaar kot luör pitu, "Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka'ak
rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?"

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari
katil.Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia
suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi
P.Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök
jembeke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng
minyokPetronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat
starangnok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake
döh.Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge
kakambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu
Mamatpong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer,
tapiboleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale
kedepang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu.
Kalutebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah
Barutu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang
sikitlagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète
baru capHyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat
löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir
sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer
kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi
pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu..
Döknapök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia
nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar
skalihabuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung
capPanasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi.
"Idah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu
depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat
arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing
dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat
Shook di Starhill ok?"

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih
die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung
matatengök ke Mamat. "Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök
ker?"löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh
jawaksalöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene.
SudöhhangMamat tebèng jugök jawak.

"Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari
nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung
lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!"

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar
kècèkorang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata "kantoi"! 

''Pengajaran citer nie ialah janganlah kite berlagak tidak kena tempat kerana lagak kite tu mungkin boleh memakan diri kite sendiri & lagak tak boleh bawa kite ke mane2''
0!

Fakta Untuk Lulus SPM


Anda ingin mengetahui antara fakta-fakta yang mungkin boleh membantu anda untuk menjawab soalan SPM yang susah tahap dewa tu(kalu korunk x study lah). So, aku telah sediakan beberapa fakta kat bawah tu yang mungkin boleh membantu perjuangan korunk dalam SPM kelak..GOOD LUCK!!


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

13. Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada
gunanya.....


So, aku harap nie bolehlah membantu korunk dalam menjawab soalan2 SPM nanti..
0!

Kenapa Lelaki Memerlukan Ibu Bapa??

Berikut adalah bukti-bukti kenapa kaum lelaki memerlukan ibu bapa. Bukan kerana kurang kasih sayang tetapi mungkin kurang akal hahahahaha..So, kepada semua kaum Adam diluar sana, sedarlah diri anda kerana anda masih memerlukan pemerhatian parents korunk(termasuk aku lah) hahahahahaha..









Ada lagi gambar utk korunk tengok...
 
Copyright 2010 Journey called LIFE