
Kenapa kita perlu ada kawan? Apa tujuan kita berkawan? Dan.. Individu yang bagaimana dianggap sebagai kawan? Perlu ke kita memilih kawan? Atau.. Berkawan sahaja dengan sesiapa pun. Ahh.. Itu persoalan yang bermain di benak fikiran aku ketika ini. Kenapa? Aku sendiri tidak pasti. Mungkin aku merindui kawan-kawan yang jauh dari pandangan mata. Namun, walaupun jauh, ingatan aku terhadap mereka tidak pernah padam. Walhal, persoalan yang timbul itu langsung tidak berkaitan dengan ingatan yang melayang.
Ok. Tajuk entry kali ini berbunyi "Kawan baik tikam belakang. Apa nak buat?" Agak serius bunyinya. Baru sekejap tadi aku berbual dengan kawan yang baru aku kenali tentang seorang kawannya yang seperti menikam belakangnya. Bukan tikam pakai pisau ok. Dia ada bertanya kepada aku tentang persoalan yang menjadi tajuk entry aku hari ini.
Oh.. Sungguh! Agak sukar aku nak menjawab soalan itu sebenarnya. Kerana.. Aku pun pernah melalui pengalaman yang boleh dikatakan seperti ditikam dari belakang oleh kawan baik yang aku anggap seperti adik-beradik sendiri. Sungguh! Aku sedih apabila teringat kisah itu. Namun, demi menjaga sebuah friendship yang telah terbina itu, aku lupakan sahaja. Ye ke??hehe. Namun, peristiwa itu memberi impak yang besar dan merubah keadaan menjadi jauh berbeza daripada sebelum ianya berlaku.
Tipu la andai aku katakan perasaan apabila dikhianati kawan baik sendiri tidak mempengaruhi keputusan yang diambil. Memaafkan, tapi tidak untuk melupakan. I can forgive, but I cannot forget. Sungguh mulia hati seorang insan jika dia mampu untuk "FORGIVE & FORGET".
Dan.. "Cannot forget" itu, bukanlah maksudnya untuk berdendam. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga. Berwaspada. Sekali terkena, sudah cukup memberi pengajaran, peringatan supaya apa yang berlaku tidak akan berulang lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.
So, adakah bebelan aku ini menjawab persoalan "Kawan baik tikam belakang. Apa nak buat?" Jika ada teman-teman aku di alam maya ini ingin berkongsi pendapat, apa nak buat bila ditikam/dikhianati oleh kawan baik sendiri, you are most welcome to do so. Sharing is caring kan? Peace! No war.
6 comments:
mmg rse seday yg amt klu kne tikam dek kwn sndiri ;((
s0, f0r me rse2nye kite just ask him/her why buat cm2 kt kite..
pstu, kite selesai ikut cre kite sndiri..
tht's all hahaha ;DD
ehm, btul tu..sokong sgt2 ;D
ko tikam je die balek.
tp dr depan la plak. hahahahaha
haha btul tu azie..tp bhaye tkam kt dpn nie..klu slap hri buln, ak plak kna msuk jail huhu..kurg lak kwn ko sorg haha ;DD
jgn la tikam gne pisau btol.
gne yg olok2 dah la.
ahahha
haha oke2.ak try r buat 6t ;D
Post a Comment